Friday, December 4, 2009

Frogeye dan Lomography Xpro

semenjak gua ada hobi baru ni, lama jugak gua tak cuci film. so ini updated gua kali ini. bersenjata kan frogeye digandingkan bersama film lomography xpro. masa ni hari azri tunang, berpeluh sakan azri. gua dengar lepas ni dia nak tukar peten muka masa bergambar. hahahahahahahahahahahaha.



lepas setel azri tunang, gua dan yang lain2 singgah melepak di kayu ss2. semua makan dan minum ditaja oleh anis. terimakasih anis! :D



lepas tu esk nya pulak gua dan ecal ke klpac setup lomowall untuk event Look! I'm Positively Creative yang akan dilaunch kan pada 5hb ini, jumpa lu orang di sana! :)





lagi esk gua bersama onfire ke tgv layan new moon.. sekian.


(azwan dan Panini)

Wednesday, December 2, 2009

Selamat Berkenalan!

semenjak dua menjak ni, tidur tak lena, makan tak kenyang. akhirnya hari ini setel sudah operasi salin menyalin ex5 biru candy gua. dari pagi sampai ke petang gua kasi mandi, gua kasi tembak dia kaler baru. ehem ehem ini dia hasil dari gua. amacam? ada bran?


(ini sebelum wa salin)


(ex5 biru candy)hahaha

notakaki : selamat berkenalan dengan expai wa.

Bulan Baru



gua benci edward, gua benci bella. gua suka werewolf! auw auwww.

notakaki : ending macam lahanat, gua tgk dgn gadis aaa. jgn igt gua jambu. dem.

Wednesday, November 25, 2009

Mengapa Mesti Aku?

dalam perjalan ke usj 14, perut gua rasa tak sedap. nak kata tak makan. gua dah pekena mekdi dah tadi. angin tak henti henti keluar. gua rasa tak sedap betul. tengah gua dalam perjalanan gua nampak shell, fuh! selamat. gua pun berhenti setangkas kilat gua pergi bank. dalam gua tgh nak melabur gua bakar sebatang rokok. gua pun buat macam biasa. layan mural dalam bank, sambil gua layan gua pandang atas. gua rasa tak sedap hati. rasa macam ada mata pandang gua. gua buat selamba layan dunhill gua yang tinggal lagi separuh tu.

tiba tiba terdetik gua nak pandang atas. sekali gua nampak sepasang mata tengah memerhati kan gua jalan kan urus niaga pelaburan! pukimak. tak sampai setengah saat mata tu hilang. gua terkedu, debor pun ada. cuak jugak gua jadi manga cabul ke liwat ke. gua senyap. gua dengar suara halus "hisshhh, blueeekk, tuih tuih(meludah)" bunyi pili air bukak. lepas tu senyap lagi. gua rasa keaadan selamat cepat cepat gua settle urusan gua tu. gua keluar tanya buah hati gua, "nampak tak mamat rambut pacak keluar dari tandas tadi yang?" "errrr, entoh~" demm. gua usha kiri kanan. gua sambung perjalanan. pertama kali gua merasai detik yang gua rasa pelik bagi gua. apa benda la yang mamat tu nak usha kat gua ni. -_-"

notakaki : barang gua baik sangat ke ek? haha.

Sunday, November 22, 2009

GOLD KIDS live in KL!

gua ingat kan tak boleh pergi tadi, last2 gua sempat jugak pergi tgk band dari Cagliari, Italy ni. ni gua haplod gamba saje je nak eksyen eksyen vokalis dia kayuh zaitun gua.hehehehehheehe.mamat ni memang bertenaga siak atas stage, lompat sana terjun sini, gua bajet dia tgh tak tahan nak terkencing tu. tapi gua tak dapat tgk habis pun gua ada job tadi. yang gua sempat the padang, ghost town and gold kids ni je. takpa, memang motif gua untuk goldkids pun. hehehe.


(Andrè Suergiu *GOLDKIDS*)



notakaki : lu bau tak apa yang gua bau ni? gua ada bau bau eighthinch ni?! :D

Saturday, November 21, 2009

Sg. Petani, Kedah!

lokasi gua sekarang ialah tajuk entri kali ini. gua ke sini dengan family gua, sebenarnya gua taknak ikut pun. tapi biasa lah, gua kan anak mak. kesian pulak kat mak gua nanti tak boleh tidur risau kan gua. gua pun lepas kan lah ride malam jumaat dan juga realease party hellowar di noisy ampang tu.



tapi gua rasa semua ni ada hikmah nya, hehe. tadi wa singgah kedai bundle depan dataran sp. baru je taun ni dia bukak kalau tak silap gua. harga boleh tahan, gua angkat nike sb trainer dua pasang. free dua pasang tiset dia bagi. best nyerwwwwwrwwww. gua ada gak singgah kedai basikal sebelah kuil hindu tu. ngam ngam pulak tayar kenda saiz 700c baru masuk.. gua rembat buat buah tangan rakan di kl.. hehehe.







notakaki : tayar tu kaler silber je tinggal. lain suma dah reseb. sapa nak emek trainer ni roger gua.

Thursday, November 19, 2009

Sepatu Buat Aweks



amacam? hahahahaha.